fbpx

Peniaga rugi RM300,000, 80 khemah dipukul ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Kira-kira 80 buah khemah peniaga makanan di Festival Kemerdekaan, Keusahawanan, Kesenian dan Kebudayaan (Festival 4K) di Dataran Pontian di sini mengalami kerosakan akibat dilanda ribut dalam kejadian pagi hari ini.

Jurucakap penganjur, Jasmin Panot berkata, hujan lebat berterusan beserta ribut kencang berlaku pada pukul 12 tengah malam hingga 5.30 pagi menyebabkan banyak khemah tumbang, selain diterbangkan angin dan patah serta peralatan memasak turut rosak.

Katanya, dia dimaklumkan oleh para peniaga sepanjang tempoh tersebut, tiga kali ribut berlaku yang menyebabkan banyak kerosakan termasuk di khemah utama dan pentas persembahan.

“Kejadian tersebut menyebabkan peniaga makanan mengalami kerugiaan kira-kira RM300,000 apabila khemah dan segala peralatan tidak lagi dapat digunakan untuk hari-hari seterusnya.

“Selain makanan tempatan, turut dijual pelbagai jenis makanan dari Thailand yang turut sama terjejas dan 80 peratus bahan mentah vendor turut rosak,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Festival 4K yang bermula pada 22 Ogos lalu dianjurkan bersama oleh Pejabat Daerah Pontian dan Persatuan Galeri Seni dan Pelancongan Daerah sempena Sambutan Hari Kemerdekaan sehingga 1 September depan.

Terdahulu, tular di medial sosial yang mempaparkan kejadian ribut beserta angin yang melanda khemah dan peralatan peniaga di Dataran Pontian menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI