fbpx

Tanah jerlus Masjid India: Kenderaan tidak dibenarkan memasuki laluan sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan memasuki Jalan Masjid India ditutup dengan garisan kuning dan orang awam dilarang melintasi atas faktor keselamatan. Foto oleh IQBAL ROSLI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Laluan di sepanjang Jalan Masjid India ditutup bagi semua kenderaan selepas satu lagi insiden tanah mendap dilaporkan berlaku berdekatan Pondok Polis Masjid India, di sini, awal pagi tadi.

Laluan dianggarkan ditutup sepanjang 200 hingga 300 meter bagi semua kenderaan atas faktor-faktor keselamatan.

Petugas keselamatan dilihat meletakkan garisan kuning di sepanjang laluan terlibat bagi mengelakkan kenderaan melalui jalan ini manakala orang ramai turut dilarang melintasi sepanjang laluan yang ditutup ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan kejadian tanah mendap berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, yang mengakibatkan kehilangan wanita warga India berusia 48 tahun.

Kejadian tanah mendap itu dipercayai berlaku sekitar 2.30 pagi susulan hujan lebat di ibu negara semalam.

Kira-kira pukul 11.15 pagi tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain diiringi Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman meninjau kedua-dua lokasi kejadian.

Setakat ini pukul 3 petang ini, tiada perkembangan positif dapat dikongsikan berhubung pencarian Vijayaletchumy yang telah memasuki hari keenam.

Sidang media dijangka akan diadakan sekitar pukul 6 petang nanti. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI