fbpx

Tertimbus ketika lombong emas di Gunung Tabai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yoga Anggiska

BAU – Seorang lelaki warga Indonesia disyaki tertimbus di dalam Gunung Tabai, di sini ketika melombong emas secara haram.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Jawai Francis berkata mangsa dikenali sebagai Yoga Anggiska, 26, dari Kerinci, Indonesia.

Menurutnya kira-kira pukul 5.23 petang pada 23 Ogos lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau telah menerima panggilan telefon daripada pejabat Konsulat Indonesia di Kuching yang memaklumkan mangsa dipercayai hilang di Gunung Tabai pada 13 Ogos lalu.

Susulan itu, beliau berkata pada 24 Ogos, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan oleh IPD Bau bersama-sama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau, APM serta Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) namun gagal mengesan mangsa.

“Siasatan masih giat dijalankan untuk mengenal pasti saksi-saksi yang boleh membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Jawai meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Colin Raape di talian 017-817 1750. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI