fbpx

Pelanggan bawa anjing sambil makan di restoran mamak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tular menunjukkan dua individu membawa dua ekor anjing sambil menikmati makanan di sebuah restoran di Ulu Tiram, Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Sebuah restoran ‘mamak’ di Bandar Cemerlang, Ulu Tiram disini telah diarahkan tutup sementara bagi pelaksanaan kerja-kerja pembersihan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, tindakan tersebut diambil selepas tular dua individu membawa anjing peliharaan mereka sambil menikmati makanan di restoran berkenaan.

“Pemilik restoran juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Ulu Tiram menafikan dakwaan bahawa restoran itu membenarkan pelanggan membawa haiwan peliharaan.

“Kes ini telah dirujuk kepada pihak MBJB dan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu telah mengeluarkan notis penutupan restoran bagi kerja-kerja pembersihan dibuat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular sekeping gambar di media sosial menunjukkan dua individu masing-masing seorang lelaki dan perempuan sedang menikmati makanan di restoran 24 jam itu pada waktu malam.

Turut dilihat dua ekor anjing dipercayai haiwan peliharaan mereka sedang duduk di atas kerusi disediakan restoran berkenaan.

Tinjauan ke ruangan komen mendapati majoriti pihak mengkritik tindakan dua individu berkenaan yang dilihat tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam terhadap haiwan berkenaan di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI