KUALA LUMPUR – Satu lagi tanah mendap dikesan kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, pagi ini.
Tinjauan di lokasi mendapati, kawasan mendapan telah ditutup sepenuhnya oleh pasukan keselamatan menggunakan ‘road barrier’ dan garisan kuning.
Kejadian tanah mendap yang berlaku berdekatan Pondok Polis Masjid India dianggarkan berlaku pada pukul 2.30 pagi susulan hujan lebat dan ribut berlaku pada malam tadi.
Bagaimanapun, pihak pemberita di lokasi akan mendapatkan pengesahan serta maklumat lanjut mengenai kejadian ini.
Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Vijayaletchumy, 48, hari ini memasuki hari keenam. – KOSMO! ONLINE.