fbpx

Runtuhan akibat hujan lebat punca dua polis pemusnah bom cedera parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN lubang yang digali untuk pemusnahan bom sebelum runtuh dan menyebabkan dua anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) cedera dan kini dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.

KLUANG – Struktur tanah pada lubang tidak kuat dipercayai menjadi punca berlakunya runtuhan sehingga menyebabkan dua anggota Unit Pemusnah Bom parah ketika melakukan kerja memusnahkan bahan letupan di sebuah tapak perumahan di Jalan Tabah, Taman Sri Lambak di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, cuaca hujan ketika operasi memusnahkan sebutir bom jenis Aerial 500 lbs dipercayai digunakan sewaktu Perang Dunia Kedua pada tahun 1952 dilaksanakan semalam.

“Balai Polis Renggam menerima laporan penemuan sebutir bom jenis Aerial 500 lbs dipercayai digunakan sewaktu Perang Dunia Kedua kira-kira pukul 8.50 pagi daripada penduduk.

“Susulan itu, anggota Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang digerakkan ke lokasi.

“Ketika operasi dilakukan, cuaca hujan dan berlaku runtuhan tanah pada dinding lubang di lokasi itu sehingga menyebabkan dua anggota terbabit tertimbus dan cedera,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.20 petang semalam, Koperal Abdul Halim, 39, dilaporkan patah tulang pinggul dan tiga tulang rusuk kiri, manakala Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary, 34, patah tulang paha kiri dan tulang rusuk kiri.

Bahrin berkata, kedua-dua anggota itu sedang mendapatkan rawatan di wad biasa selepas dikeluarkan dari Unit Rawatan Rapi Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom. Keadaan mereka stabil.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI