fbpx

Lelaki masuk hospital selepas makan ‘terung gila’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan tumbuhan Makhuea Ba atau ‘terung gila’. – AGENSI 

BANGKOK –  Seorang lelaki di wilayah Mahasarakham, rantau Isaan tidak sedarkan diri selepas isterinya memaksa dia mengambil buah beracun kerana percaya ia dapat membantu mangsa berhenti minum arak, lapor laman berita Thaiger hari ini. 

Hospital Mahasarakham mengeluarkan amaran kepada orang awam selepas lelaki Thai tersebut yang dikenali sebagai Thongdaeng, 61, dimasukkan ke hospital akibat makan buat beracun itu.

Buah itu dikenali sebagai Makhuea Ba atau ‘terung gila’ dalam bahasa Thai.

Buah itu kelihatan serupa dengan terung Thai tetapi mempunyai banyak duri kecil. Semua bahagian tumbuhan itu adalah beracun dan kesannya boleh membunuh manusia.

Simptom biasanya kelihatan antara 30 hingga 60 minit selepas makan buah beracun itu. Antaranya adalah  mulut dan tekak menjadi kering, halusinasi, degupan jantung menjadi cepat dan tidak sedarkan diri.

Ratree, 56, yang merupakan isteri Thongdaeng mengaku kepada pegawai perubatan bahawa dia memberi suaminya makan terung beracun itu.

Katanya, dia mahu suaminya berhenti minum minuman keras dan kembali bekerja.

Seorang jiran memberitahunya bahawa terung tersebut dapat membantu untuk menghilangkan ketagihan arak.

Ratree membawa suaminya ke hospital dan dia bernasib baik kerana doktor-doktor di sana dapat menyelamatkan mangsa. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI