fbpx

[VIDEO] ‘Kalau yang ini, kami memang setuju gaji naik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsikan Alimaddia memaparkan operasi SAR mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India sejak Jumaat lalu.

PETALING JAYA – “Kalau tugas mulia macam ni, memang wajarlah gaji mereka dinaikkan,”

Itulah rata-rata komen orang ramai apabila melihat video yang dikongsikan Pegawai Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Alimaddia Bukri menerusi akaun TikToknya.

Beliau merupakan salah seorang pegawai bomba yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Vijayaletchumy, 48, yang terjatuh ke dalam tanah jerlus sedalam lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Alimaddia sering memuat naik video operasi SAR dengan menceritakan cabaran dan keadaan di dalam saliran pembentung sekali gus menjawab tanya-tanya orang awam yang mengikuti perkembangan kes ini.

Bukan itu sahaja, menerusi video dan gambar yang dikongsikan, usaha tungkus-lumus anggota bomba dalam operasi kali ini dianggap sungguh mencabar sehingga berjaya membuka mata orang ramai bahawa tidak semua penjawat awam sama.

Rata-rata mereka juga bersetuju jika bomba dan anggota penyelamat yang lain dinaikkan gaji susulan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini tentang kenaikan buat penjawat awam.

Seorang pengguna dikenali sebagai Yaya berkata sepatutnya gaji anggota bomba lebih tinggi daripada penjawat awam yang lain ekoran berdepan risiko keselamatan pada setiap hari.

“Sepatutnya bomba ni gaji mereka mahal sebab begitu banyak pengorbanan mereka (bomba) lakukan. Banyak juga keadaan memerlukan kepakaran sehingga sanggup bergadai nyawa demi tugas. Hidup abang bomba,” komennya.

Selain itu, Azmie pula berkata tidak semua penjawat awam harus dipukul rata kerana ada yang benar-benar berkorban masa, tenaga dan nyawa demi menyelamatkan masyarakat.

“Sebab itu jangan pernah pertikaikan gaji mereka. Tolong semua, mereka (anggota penyelamat) bergadai nyawa untuk kita. Doakan mereka selamat selalu. Mereka pun ada keluarga untuk diberi makan,” komennya.

“Bomba ni wajar dapat gaji yang lebih tinggi. Diorang ni dalam semua situasi dia ada. Kalau macam ni pun kaki memang setuju dinaikkan gaji,” komen Amirul pula.

Terdahulu, Alimaddia berkata ruang yang sempit dan gelap ketika menyelam di dalam air sisa kumbahan antara cabaran pasukan Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat Bomba (STORM) dalam mencari mangsa tersebut.

Menurutnya, cabaran menjadi lebih besar sekiranya berlaku hujan di lokasi kejadian.

Tambah beliau, pasukannya tetap mempunyai perasaan takut dan berdebar apabila turun ke bawah saliran pembentung tetapi tetap meneruskan tugas yang diamanahkan serta berserah kepadaNya. – KOSMO! ONLINE

@alimaddia Replying to @itsme_balkhis terima kasih atas keperihatinan anda semua yang menghargai kami..Utk yang kata kami malas, slow, asyik berehat, tak buat apa2, dan komen2 negative lain tu.. fahamilah tugas kami dan pengorbanan kami #runtuhantanah #masjidindiakl #ppda #storm #jbpm #tanahjerlus ♬ Lagu Sedih Menyentuh – Sihon oye

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI