fbpx

EPL: Chelsea tawar Man. United dua pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANCHO dilapor menjadi buruan Chelsea ketika ini dan bersedia melepaskan dua pemainnya sebagai umpan untuk memujuk United. - AFP

LONDON – Chelsea bersedia untuk bersaing merebut khidmat pemain sayap Manchester United, Jadon Sancho apabila sedang menyiapkan dana serta menawarkan khidmat dua pemain.

Hubungan Sancho dan pengurusnya, Erik Ten Hag dilaporkan sudah tidak ada masalah, namun dia masih belum membuat penampilan bersama United selepas dua perlawanan termasuk tidak disenaraikan dalam skuad ketika mereka tewas 1-2 menentang Brighton Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Chelsea perlu mengemukakan tawaran yang lebih baik sekiranya mahu mendapatkan Sancho selepas gergasi Itali, Juventus juga dilapor sedia membida, namun untuk peranan sebagai pemain pinjaman.

Menyedari persaingan tersebut, Chelsea dikatakan bersedia melepaskan dua pemainnya bersama sejumlah wang untuk menarik minat United melepaskan Sancho dengan khidmat Raheem Sterling dan Ben Chilwell sanggup ‘dikorbankan’.

Sterling sudah bersedia untuk meninggalkan Stamford Bridge dan tanpa berselindung mengakui khidmatnya tidak diperlukan oleh pengendali baharu Enzo Maresca apabila mendakwa tidak dilayan dengan baik.

Chilwell juga kehilangan tempat di Chelsea dan United pula masih berada di pasaran perpindahan untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan kiri selain dia juga berada dalam senarai pengarah sukan The Reds Devils, Dan Ashworth.

Bagaimanapun, halangan utama menjadikan perpindahan berlaku adalah gaji Sterling yang dianggarkan bernilai £350,000 (RM2.02 juta) seminggu mungkin tidak akan dipersetujui oleh United berbanding menanggung gaji Sancho £300,000 (RM1.73 juta) sebelum ini.

Peluang untuk Chilwell menyertai United dilihat lebih cerah berbanding Sterling ketika skuad kendalian Ten Hag juga terdesak apabila kehilangan Luke Shaw dan Tyrell Malacia ekoran kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI