fbpx

Dunia bola sepak hilang ‘true gentleman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERIKSSON (kiri) mempunyai reputasi cukup hebat dalam dunia bola sepak terutama ketika mengendalikan England dari 2001 hingga 2006. - AFP

LONDON – Pewaris pertama takhta Britain, Putera William memuji Sven-Goran Eriksson sebagai ‘lelaki budiman’ (true gentleman) ketika ramai memberi penghormatan berikutan kematian bekas pengurus England itu.

Eriksson meninggal dunia dikelilingi oleh ahli keluarganya memandangkan mendian pernah mendedahkan pada Januari lalu bahawa beliau mempunyai tempoh ‘paling baik’ setahun untuk hidup selepas disahkan menghidap kanser peringkat akhir.

Pengendali Sweden berusia 76 tahun itu adalah pengurus asing pertama England dengan membawa negara itu mara ke suku akhir Piala Dunia pada 2002 dan 2006 sebelum melakar pencapaian sama pada Euro 2004.

Selain lima tahun penuh warna-warni bersama The Three Lions, Eriksson pernah mengendalikan beberapa kelab dan negara selama 42 tahunnya dalam bidang kejurulatihan.

Putera William antara individu yang sering bertemu dengan Eriksson di pelbagai acara memandangkan peranannya selaku Penaung Persatuan Bola Sepak (FA) England.

“Sedih mendengar mengenai pemergian Sven-Goran Eriksson. Saya bertemu dengannya beberapa kali sebagai pengurus England dan sentiasa terpesona dengan karisma dan semangatnya untuk bola sepak.

“Doa saya sentiasa bersama dengan keluarga dan rakan-rakannya. Seorang lelaki budiman dalam bola sepak,” katanya.

Walaupun Eriksson gagal menamatkan penantian England untuk menjuarai trofi utama sejak Piala Dunia 1966, pasukannya masih tetap menghasilkan beberapa persembahan yang tidak dapat dilupakan termasuk membelasah Jerman 5-1 dalam kelayakan Piala Dunia pada 2001.

Ketua Pegawai Eksekutif FA England, Mark Bullingham mendedahkan, kejayaan menewaskan Jerman 5-1 di Munich dalam kelayakan Piala Dunia pada 2021 antara kenangan tidak dapat dilupakan peminat-peminat bola sepak dunia.

“Sven (Eriksson) akan diiktiraf dan diingati selama-lamanya kerana tugas pentingnya bersama England dan sumbangannya yang lebih luas dalam bola sepak.

“Beliau akan dirindui dan kami akan memberi penghormatan kepadanya apabila kami menentang Finland di Wembley bulan depan,” jelas Bullingham. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI