fbpx

Barang kes hampir RM1.5 juta dilupuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Izalina (kiri) menaiki jentera pengolek untuk melupuskan barangan kes berkaitan di IPD Manjung hari ini.

LUMUT – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung melupuskan barang kes bitcoin, kes perjudian, kes rokok dan arak serta kes am bernilai hampir RM1.5 juta hari ini.

Pelupusan itu melibatkan 2,092 unit barang kes daripada 67 kertas siasatan dari 2021 hingga 2023 yang telah selesai dan mendapat arahan pelupusan.

Majlis pelupusan itu diadakan di pekarangan parkir IPD Manjung selepas sijil pelupusan ditandatangani oleh Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah dan disaksikan Majistret Nurul Izalina Rajaai dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Hairol Jemain.

Menurut Mohamed Nordin, bagi kes bitcoin, ia melibatkan 1,074 unit ‘Bitcoin Miner Power’; 18 unit ‘spillter’; 15 unit komputer dan wayar penyambung kabel elektrik serta 10 modem internet dianggarkan berjumlah lebih RM1.3 juta.

“Turut dilupuskan ialah 823 karton rokok pelbagai jenama serta 139 tin dan botol minuman keras pelbagai jenama dianggarkan bernilai lebih RM131,000,” katanya pada sidang media selepas majlis tersebut.

Menurut beliau, barang kes perjudian pula melibatkan 56 unit seperti telefon bimbit, mesin pencetak mudah alih, pager, slip catatan angka loteri haram, papan bergambar, mangkuk, dadu dan komputer riba dianggarkan bernilai lebih RM21,000.

Jelasnya, barang kes am dan barang kes di bawah enakmen hiburan bernilai lebih RM10,000 juga dilupuskan.

Beliau memberitahu, semua barang kes tersebut dilupuskan melalui kaedah pengurusan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) bagi mesin bitcoin dan barang kes lain menggunakan jengkaut dan jentera penggolek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI