fbpx

Kiribati, Tonga pertama sambut 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan penduduk Kiribati membina tembok penahan ombak - AFP

LONDON – Negara pertama yang menyambut kehadiran Tahun Baru di dunia merupakan kepulauan kecil di Lautan Pasifik iaitu Tonga, Samoa, Kiribati dan Pulau Krismas, lapor portal berita Metro.co.

Penduduk  rantau itu menyatakan ‘hello’ kepada Tahun Baru 2021 pada pukul 6 petang (waktu Malaysia). Sambutan Tahun Baru kali ini suram berikutan langkah sekatan bagi membendung penularan Covid-19.

Seterusnya, rakyat New Zealand akan menyambut kedatangan Tahun Baru sekitar pukul 6.15 petang (waktu Malaysia).

Rantau paling lambat menyaksikan kehadiran Tahun Baru adalah Amerika Utara dan Amerika Selatan, manakala tempat terakhir menerima kedatangan Tahun Baru 2021 adalah Pulau Baker dan Pulau Howland di Lautan Pasifik. Dua pulau tidak berpenghuni itu adalah milik Amerika Syarikat.

Tempat berpenghuni terakhir yang menyambut Tahun Baru ialah Samoa Amerika iaitu pada pukul 7 petang (waktu Malaysia) esok. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI