fbpx

Tanah jerlus Masjid India: Operasi SAR Vijayaletchumy memasuki hari kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi SAR Vijayaletchumy (gambar kecil) dihentikan hari ini.

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Vijayaletchumy, 48, yang terjatuh ke dalam tanah jerlus sedalam lapan meter di Jalan Masjid India, di sini, memasuki hari kelima hari ini.

Tinjauan di lokasi mendapati, pasukan dilihat mengadakan perbincangan dan penugasan untuk melaksanakan SAR seawal pukul 8 pagi.

Semalam, Kosmo! melaporkan kepakaran tempatan daripada pelbagai sudut digunakan sepenuhnya dalam SAR di lokasi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, operasi SAR itu juga akan diteruskan sehingga mangsa ditemui.

Katanya, gerak kerja penugasan itu dipengerusikan sendiri Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd. Syarif.

PIhak polis telah menempatkan pegawai dan anggota di kawasan sekeliling lokasi kejadian untuk kawalan keselamatan.

Katanya, ini bagi mengelakkan pengunjung atau orang awam masuk ke lokasi berkenaan.

Jumaat lalu, media melaporkan seorang pelancong wanita dari India dikhuatiri terjatuh ke dalam tanah jerlus berhampiran Masjid India, di sini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI