fbpx

Tonton konsert Adele di Jerman, netizen tanya mana Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazura dikatakan menonton konsert artis popular Britain di Jerman tanpa keberadaan suami, Fattah Amin.

PETALING JAYA – Kontroversi keretakan rumah tangga tidak menghalang pelakon Fazura untuk menonton konsert penyanyi antarabangsa Adele di Munich, Jerman minggu lalu.

Menerusi video yang tular, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu dilihat mengenakan pakaian serba hitam bersama pengurusnya Iman Tang dipercayai di kawasan pekarangan konsert penyanyi terbabit iaitu di Munich Messe.

Susulan itu, ramai pengguna media sosial yang mempersoalkan ketiadaan Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dalam video terbabit.

Meninjau ke ruangan komen, netizen mempertikai tindakan pelakon filem Ayat-Ayat Cinta 2 itu kerana menonton konsert terbabit tanpa suami.

“Fazura pergi tengok konsert Adele dengan siapa itu? Pengurus dia ya. Tapi Fattah mana?

“Kelakar betul. Kenapa orang marah Fazura pergi dengan Iman Tang. Sahlah itu manager (pengurus) dia. Dia siap bawa anak isteri lagi Iman tu.

“Mungkin pergi sendiri. Lagipun Faz (Fazura) dah unfollow (nyah ikut) stylist (penata gaya) dia. Jadi faham-faham saja.

“Kenapa perlu ada masa untuk diri sendiri, kalau dulu cakap pergi tandas pun sudah rindu,” antara komen netizen dalam TikTok.

Dalam pada itu, ramai yang mempertahankan Fazura dan berpendapat tidak menjadi kesalahan untuknya mengembara ke luar negara tanpa suami.

“Tidak salah dia pergi sendiri. Lagipun dia mampu. Fazura juga berhak untuk ada masa sendiri.

“Biarlah dia (Fazura) pergi konsert, kenapa perlu sibuk. Ramai lagi artis lagi pergi tengok konsert Adele juga.

“Apa yang hairan kalau dia pergi tengok konsert Adele?,” sebahagian komen netizen.

Sementara itu, usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan penjelasan Fattah belum berhasil apabila kiriman mesej kepada pengurusnya dikenali sebagai Acha belum dibalas.

Desas-desus keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah hangat diperkatakan sejak Mei lalu apabila kedua-duanya tidak memuat naik gambar bersama dalam media sosial.

Malah, mereka juga dikatakan tidak meninggalkan komen terhadap perkongsian masing-masing dalam Instagram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI