fbpx

Suami isteri pukul anak sampai mati didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GOMBAK – Pasangan suami isteri yang ditahan ekoran kematian kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dipercayai didera, akan didakwa di Mahkamah Majistret Selayang, di sini, esok.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pasangan itu akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.

“Keputusan kes setelah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor pada hari ini. Pertuduhan terhadap pasangan itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Selayang, esok,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

17 Ogos lalu, Kosmo! melaporkan pasangan suami isteri ditahan kerana disyaki mendera anak perempuan mereka berusia lapan tahun sehingga meninggal dunia di sebuah apartmen, di sini.

Kedua-dua suspek, masing-masing berusia 29 dan 28 tahun, bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pembuat ais krim.

Pemeriksaan awal menemui pelbagai kecederaan pada tubuh mangsa termasuk lebam pada muka, bibir, dagu, paha, lutut dan badan dipercayai dicederakan menggunakan kaki dan tangan.

Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI