fbpx

PRK DUN Mahkota: Tiada perebutan antara Pemuda, Wanita UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

JOHOR BAHRU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi nafi terdapat perebutan dalaman berhubung calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) sebaliknya berkata, keputusan akhir akan dibuat dirinya selaku kepimpinan tertinggi parti dan gabungan tersebut.

“Tiada perebutan calon (antara Pemuda dan Wanita UMNO), (sebaliknya) yang menentukan adalah pengerusi BN,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor di kediaman rasmi Menteri Besar Johor, di Saujana, di sini hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, BN menyasarkan untuk memenangi PRK DUN Mahkota dengan mempertahan majoriti diperolehi penyandangnya sebelum ini iaitu Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

Selain itu, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri memaklumkan nama calon bagi pilihan raya itu masih belum dimuktamadkan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI