fbpx

‘Influencer’ ditawar jadi anak angkat, warisi harta lebih RM61 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUN bersama An dalam klip video. - Foto @dreambreakerz_shaoanzha/Instagram

TAIPEI  –  Seorang pengurus selebriti Taiwan menawarkan untuk menjadikan seorang pesohor remaja sebagai anak angkat dan mewarisi kekayaannya bernilai sekitar NT300 juta (RM61.26 juta), lapor portal berita MSNews 

Sun Derong yang merupakan pengurus selebriti paling popular di Taiwan, baru-baru ini menjadi tajuk utama akhbar dan media sosial kerana menawarkan untuk menjadikan seorang pesohor media sosial berusia 19 tahun dikenali sebagai Shao An  sebagai anak angkatnya.

Dalam satu klip video di laman Instagram, Sun yang sebelum ini menguruskan Show Luo dan kumpulan boyband 5566  bertanya kepada remaja itu jika dia sanggup menjadi anak angkat  dan mewarisi kekayaannya.

“Kita perlu hidup bersama dan anda perlu menjaga saya sehingga ke akhir hayat saya,” kata Sun kepada remaja itu.

Pengurus selebriti terkenal itu disahkan menghidap kanser pundi kencing tahap 3 pada 2013.

Doktor-doktor dilaporkan terpaksa membuang pundi kencingnya dan menggantikannya dengan pundi  tiruan.

Akibat keadaan kesihatannya, lelaki berusia 63 tahun itu terpaksa berundur daripada industri hiburan yang sibuk dan memberi perhatian kepada kesihatannya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI