fbpx

Wanita mengamuk beli susu tak sejuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita itu mengamuk dan memarahi seorang kakitangan di sebuah kedai serbaneka. - Instagram @memomedsos_official

JAKARTA  – Perbuatan seorang wanita yang mengamuk di sebuah kedai serbaneka kerana susu yang dibeli tidak sejuk mengundang kecaman orang ramai, lapor saluran berita Abatanews. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @memomedsos_official, wanita itu menjerit dan menengking seorang kakitangan di kaunter pembayaran. 

“Kalau tidak sejuk, kembalikan duit saya. Susu itu seharusnya sejuk karena saya pernah memesan susu yang kecil dan ia sejuk. Saya tidak kisah!” jerit wanita itu. 

Lebih mengejutkan apabila dia selamba meminta kakitangan itu untuk membayar tambang perjalanannya. 

“Pulangkan cepat tambang saya ke sini! Tambang Grab pulangkan! Susu ini gantikan dengan yang lain,” tambah wanita itu.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan menimbulkan kemarahan ramai netizen.

“Bercakap macam mat saleh untuk nampak bagus, tapi masukkan susu 1 liter dalam peti sejuk pun tak tahu,” sindir seorang netizen. 

“‘I don’t have time’ tetapi sanggup datang jauh dari rumah untuk marah. Susu itu tinggal masukkan dalam peti ais atau letak ais batu apa salahnya?” sindir netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI