fbpx

Si jelita ‘tewaskan’ Perdana Menteri India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHRADDHA KAPOOR

KEJAYAAN filem Stree 2 menyebabkan ramai akaun laman sosial bintang utamanya, Shraddha Kapoor dihurung peminat. Dia disifatkan sebagai aktres berbakat luar biasa.

Kebanjiran pengikut baharu yang bertambah mendadak berikutan populariti filem komedi seram itu membuatkan Instagram pelakon berusia 37 tahun itu kini mengumpul 91.9 juta pengikut.

Jumlah tersebut secara tidak langsung menjadi Shraddha individu kedua paling ramai pengikut di India menewaskan Priyanka Chopra yang mempunyai 91.8 juta peminat.

Biarpun hanya berbeza margin yang sangat kecil, personaliti yang juga graduan Universiti Boston, Amerika Syarikat itu sudah membina reputasi cemerlang apabila dapat berada di hadapan Priyanka.

Bahkan, Shraddha juga meninggalkan jauh Perdana Menteri India, Narendra Modi yang diikuti 91.3 juta pengikut.

Tempat pertama dengan jumlah pengikut tertinggi ialah pemain kriket, Virat Kohli yang juga suami kepada aktres Anushka Sharma dengan 270 juta pengikut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI