fbpx

Perintah berkurung Tahun Baru di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG anggota keselamatan berjalan melintasi poster sekatan polis pada ambang Tahun Baru di New Delhi hari ini. - AFP

NEW DELHI – New Delhi dan bandar utama lain di India melaksanakan  perintah berkurung di ambang Tahun Baru ketika kerajaan meningkatkan usaha mengekang penularan gelombang baharu koronavirus.

Di ibu kota India berkenaan, perintah berkurung berkuat kuasa selama dua hari dari pukul 11 malam hingga 6 pagi (waktu tempatan) manakala perhimpunan dihadkan kepada lima orang walaupun di luar waktu perintah berkurung, kata pihak berkuasa.

Pada kebiasaannya, berpuluh-puluh ribu orang berkunjung ke pusat bandar New Delhi untuk meraikan Tahun Baru.

Bagaimanapun, ketika usaha dibuat untuk mengesan beribu-ribu orang yang pulang dari Britain baru-baru ini ekoran penularan varian baharu koronavirus, New Delhi menyertai sebilangan negeri di India yang melaksanakan sekatan ketat semasa Tahun Baru. Ibu kota India itu memiliki 20 juta penduduk

Hab kewangan India, Mumbai dan bandar-bandar utama lain di negeri Maharashtra telah mengarahkan perintah berkurung waktu malam sehingga 5 Januari ini.

Rajasthan dan Uttarakhand yang menjadi destinasi pelancong asing pada hujung tahun di samping Tamil Nadu, Gujarat serta Karnataka semuanya mengarahkan perintah berkurung pada Tahun Baru.

India secara rasmi merekodkan lebih 10 juta jangkitan koronavirus sekali gus jumlah kes kedua tertinggi di dunia di belakang Amerika Syarikat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI