fbpx

Isteri buntu, jurutera hilang 10 hari tak balik rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faizal yang dilaporkan hilang selepas keluar bekerja pada 16 Ogos lalu.

KOTA BHARU – Seorang jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dilaporkan hilang selepas keluar bekerja sejak 10 hari lalu.

Faizal Ahmad, 39, kali terakhir dilihat memakai baju uniform JPS kira-kira pukul 8.34 malam pada 16 Ogos lalu di sekitar Istana Balai Besar di sini.

Isteri mangsa, Nurul Ain Muhammad Mudzafar, 39, berkata, dia tidak menyangka suaminya hilang tanpa khabar berita sehingga menyebabkan seluruh ahli keluarga bimbang dengan keadaan itu.

Katanya, dia berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Faizal agar segera memaklumkan kepadanya.

“Dia buat kali terakhirnya dilihat di Istana Balai Besar dengan memakai baju uniform JPS dan baju T berwarna hitam.

“Kali terakhir saya berhubung dengannya pada waktu malam 16 Ogos lalu. Suami juga menunggang sebuah motosikal jenis Ego Avantiz dengan nombor pendaftaran DDU 4787,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Nurul Ain memberitahu, selepas daripada itu, dia tidak lagi dapat menghubungi suaminya yang merupakan seorang penjawat awam sehingga hari ini.

Menurutnya, suaminya mempunyai ketinggian 165 sentimeter dengan berat 73 kilogram (kg).

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh terus memaklumkan penemuan Faizal di balai polis berdekatan atau hubungi keluarganya di talian 019-304 0843 atau 012- 249 1698.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu kira-kira pukul 11.42 pagi semalam.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan diklasifikasikan sebagai kes Orang Hilang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI