fbpx

‘Kaunter khas’ KLIA2, seorang lagi warga Myanmar direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah reman hari ini.

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang lagi individu warga Myanmar berhubung kes sindiket membawa masuk warga asing melalui ‘kaunter khas’ tanpa mengikut pemeriksaan sepatutnya.

Perintah reman selama empat hari bermula hari sehingga 29 Ogos terhadap suspek dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Menurut sumber, suspek wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah malam di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir memberi keterangan.

“Reman terhadap suspek susulan penahanan 11 individu termasuk empat penguat kuasa sebuah agensi yang berkhidmat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) pada Rabu lalu menerusi Op Pump yang dijalankan di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kelantan.

“Kesemua ditahan dipercayai terbabit rasuah membabitkan sindiket membawa masuk warga asing tanpa mengikut pemeriksaan yang sepatutnya,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, susulan tangkapan tersebut, SPRM turut menyita 1 unit telefon bimbit.

Dalam pada itu SPRM turut mendapat kebenaran untuk menyambung reman seorang individu Myanmar selama lima hari sehingga 29 Ogos.

Perintah sambung reman terhadap suspek yang berusia lingkungan 30-an dikeluarkan Penolong Pendaftar Nadiah Abd Razak selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.

Sebelum ini, suspek itu telah direman selama lima hari bermula 21 Ogos lalu bagi membantu siasatan terhadap kes berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI