fbpx

EPL: Slot lulus aksi pertama di Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL mencatat kemenangan kedua berturut-turut tanpa bolos ketika menewaskan Brentford di Anfield kelmarin. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot menikmati permulaan yang cemerlang sebagai pengendali baharu pasukan itu selepas meraih dua kemenangan tanpa bolos pada saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kelmarin, Liverpool berjaya menewaskan Brentford 2-0 menerusi jaringan Luis Diaz dan Mohamed Salah, namun Slot percaya masih terdapat ruang yang boleh diperbaiki pasukannya untuk menjadi lebih mantap.

Selepas berjaya menewaskan Ipswich Town pada aksi minggu pertama, Slot mengakui berpuas hati dengan persembahan dipamerkan para pemain, tetapi percaya mereka bakal berdepan ujian lebih getir terutama apabila dijadual turun menentang Manchester United hujung minggu ini.

“Dua kemenangan yang bagus untuk kami ketika berdepan dua pasukan yang sukar. Brentford bermain baik pada aksi pembukaan, namun kami perlu memberikan aksi yang lebih baik untuk mengharungi musim yang masih panjang.

“Brentford dan Ipswich layak untuk mendapat penghormatan dengan cara mereka beraksi menentang kami, namun tidak rasakan bahawa mereka akan berada dalam kedudukan enam pasukan teratas pada akhir musim nanti.

“Masih banyak yang kami perlu lakukan untuk menambah baik pasukan, tetapi dua kemenangan tanpa bolos sentiasa menjadi suatu yang baik dan kemenangan ke atas Brentford membuatkan kami lebih positif.

“Saya gembira apabila berjaya mewarisi pasukan dan individu yang sangat istimewa dalam pasukan ini. Saya tidak terkejut apabila kami mampu memberikan aksi cemerlang seperti ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI