fbpx

EPL: Mentaliti Chelsea semakin lurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MADUEKE meledak hatrik ketika membantu Chelsea mencatat kemenangan besar ke atas Wolves kelmarin. - AFP

WOLVERHAMPTON – Aksi minggu kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan Chelsea seolah-olah melepaskan geram apabila membelasah Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, pemain sayap Chelsea, Noni Madueke meledak hatrik dengan tiga lagi gol dijaringkan Nicolas Jackson, Cole Palmer dan Joao Felix, manakala gol Wolves hadir menerusi Matheus Cunha dan Jorgen Strand Larsen.

Pengurus The Blues, Enzo Maresca gembira dengan aksi yang ditampilkan barisan pemainnya, terutamanya ketika merek bangkit mempamerkan corak permainan lebih agresif pada separuh masa kedua.

“Kami bermula baik pada 15 minit pertama, namun secara tiba-tiba prestasi menjunam dan mula kehilangan bola selain memberikan sepakan percuma kepada pasukan lawan. Bagaimanapun, ia berubah ketika perlawanan memasuki separuh masa kedua.

“Pemain-pemain sudah mula menunjukkan mereka faham dengan apa yang kami mahukan. Sebab itulah apa yang penting bagi saya adalah mentaliti (kemenangan). Saya harap kami boleh kekalkan momentum ini,” katanya.

Mengulas hatrik yang dijaringkan Madueke, pengendali dari Itali itu menganggap tiga gol tersebut sebagai perkara kedua memandangkan beliau lebih gembira dengan sumbangan Madueke ketika bertahan.

“Apa yang terbaik daripada Noni (Madueke) hari ini (kelmarin) adalah bagaimana dia membantu pasukan ketika bertahan. Selama 90 minit, dia menunjukkan mentaliti tepat seperti yang saya mahukan,” ujar Maresca. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI