fbpx

‘Dia masuk bilik, pakai baju tidur saya sesuka hati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Uqasha akhirnya membalas tuduhan yang dicetuskan bekas pembantu peribadinya yang mendakwa diri dipukul sewaktu berkhidmat dengannya.

PETALING JAYA – Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan ‘tembelang’ pembantu peribadi yang tidak sedar dek untung apabila individu terbabit menuduh melakukan serangan fizikal sewaktu berkhidmat dengannya.

Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nik Sen, 32, mempunyai segala kukuh bagi menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh wanita berkenaan.

“Saya ambil awak bekerja tanpa bertanya sejarah awak. Layan dengan baik siap duduk rumah macam rumah sendiri.

“Dari bulan Oktober sampai bulan Jun saya tiada penggambaran pun tapi gaji bulanan tetap beri tanpa dipotong tapi sebab terlalu selesa, ini balasan dia pada saya?

“Dia ingat fitnah dan aib yang cuba buat dia buat sekarang ni akan berjaya? Dengan banyak hutang dan pinjam duit sana sini, siapa yang dahulukan? Saya tak cakap kosong, saya cakap sekali dengan bukti,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram Story.

Dalam pada itu, Uqasha turut berkongsi kebiadaban bekas pembantu peribadinya yang sesuka hati masuk ke bilik tidur serta pernah memakai pakaiannya tanpa pengetahuan.

“Pertama sekali masuk bilik tidur peribadi saya tanpa kebenaran dan macam mana dia tahu ada duit banyak dalam bilik pun saya tak tahu. Dah ada pembantu rumah kemaskan bilik saya kenapa dia juga nak masuk kemas bilik saya?

“Tambah pula dia main pakai baju tidur saya sesuka hati? Perangai kampung mana ni?

“Selepas itu mula mengadu domba bekas majikan tolak daripada ambil dia bekerja,” jelasnya.

Sejak minggu lalu, nama Uqasha dikaitkan dengan isu seorang artis wanita popular didakwa memukul pembantu peribadi sehingga menjadi perbualan hangat netizen dalam media sosial.

Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Kamal Adli itu menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan dia tidak tergamak melakukan hal sebegitu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI