fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Selangor dan Johor petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA -Jabatan Metrologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang akan melanda dua negeri sehingga 4 petang hari ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia menjelaskan, amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor dan Johor.

“Antara kawasan di Selangor yang bakal berdepan cuaca buruk adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.

“Selain itu, di Johor pula melibatkan kawasan Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi,” lapor MetMalaysia

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI