fbpx

Muhyiddin dituduh di Gua Musang esok, Chegubard dakwa pendakwaan bermotif politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin berjalan keluar dari pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) KL Sentral selepas diambil keterangan berkaitan isu 3R baru-baru ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KOTA BHARU – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Gua Musang dekat sini esok susulan ucapan dalam ceramahnya yang dipercayai menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che GuBard menerusi satu hantaran di Facebook miliknya sebentar tadi.

Menurutnya, Muhyiddin akan didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang di bawah Akta Hasutan 1948 kira-kira pukul 8 pagi esok.

“Kepada TSMY (Muhyiddin) dan Perikatan Nasional (PN), pendakwaan esok adalah pendakwaan politik apabila rejim salah guna kuasa menekan rakyat. TSMY didakwa kerana bercakap benar dan terus berjuang demi kepentingan rakyat,” ujarnya.

Sebelum ini, tular di media sosial ucapan Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Sehubungan itu, polis menerima sebanyak 30 laporan polis berkait ucapan Muhyiddin yang juga Pengerusi PN kerana beliau didakwa menyentuh isu 3R ketika berkempen bagi PRK DUN Nenggiri di Gua Musang, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, keterangan bekas Perdana Menteri itu di pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Jalan Sentral, Kuala Lumpur pada 20 Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI