fbpx

Kes ibu, bapa tiri dera anak dirujuk TPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Apartmen yang menjadi lokasi penemuan mayat kanak-kanak berusia 8 tahun disyaki meninggal dunia akibat didera di Bandar Tasik Puteri Rawang, Gombak, 17 Ogos lalu.

GOMBAK – Kes kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun ditemui maut dengan kesan kecederaan dipercayai didera di Bandar Tasik Puteri Rawang, di sini, sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwaraya (TPR), hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya sedang menunggu arahan untuk tindakan lanjut.

“Kes bunuh melibatkan mangsa seorang kanak-kanak berusia lapan tahun itu kertas siasatan dirujuk hari ini ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Selangor,” katanya hari ini.

17 Ogos lalu, sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki mendera anak perempuan mereka berusia lapan tahun sehingga meninggal dunia di sebuah apartmen, di sini.

Kedua-dua suspek, masing-masing berusia 29 dan 28 tahun, bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pembuat ais krim.

Pemeriksaan awal menemui pelbagai kecederaan pada tubuh mangsa termasuk lebam pada muka, bibir, dagu, paha, lutut dan badan dipercayai dicederakan menggunakan kaki dan tangan.

Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI