fbpx

Bebas Najib: PH patuh proses pengampunan – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi

KUALA LUMPUR – Proses pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang kini menjalani baki hukuman penjara sehingga Ogos 2028 perlu dipatuhi semua pihak.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata, ia memandangkan mana-mana kes yang melibatkan pengampunan mempunyai proses tertentu.

“Secara umumnya mana-mana kes yang melibatkan pengampunan, ada prosesnya dan kita (PH) patuh dan turuti proses tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pentarama dan Kelab Malaysiaku sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, di sini hari ini.

Berhubung dakwaan pembebasan Najib memberi manfaat kepada PH, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

“Jadi, selain daripada itu, saya rasa fokusnya adalah kepada proses (pengampunan) tersebut. Itu yang menjadi keutamaan,” ujarnya.

Terdahulu, beberapa pempimpin UMNO sewaktu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 mendakwa pembebasan Najb akan memberi manfaat kepada PH dan Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, mengulas tindakan Perikatan Nasional (PN) mencabar kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Fahmi menyifatkan gabungan itu seolah-olah masih belum ‘move on’.

“Kalau dia tak boleh ‘move on’, ikut proses undang-undang. Dia (PN) seperti Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin), nampaknya belum boleh ‘move on’,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan PN sedang mengumpul bukti untuk memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan kemenangan calon BN pada PRK Nenggiri.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk kamaruddin Md. Noor, bukti itu membabitkan dakwaan BN merasuah dan mengancam pengundi sepenjang tempoh berkempen selama dua minggu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI