fbpx

EPL: Chelsea kenduri gol, belasah Wolves 6-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Joao Felix meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada aksi sebentar tadi.

LONDON – Pasukan Chelsea mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri selepas menang bergaya 6-2 ke atas Wolverhampton Wanderers pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Molineux sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad The Blues bermula garang apabila meraih gol seawal minit ke-2 hasil tandukan penyerang utama, Nicolas Jackson

Tersentak dengan gol tersebut, Wolves mempermaskan jentera serangan dan berjaya menyamakan kedudukan menjadi 1-1 pada minit ke-27 selepas Matheus Cunha menyudahkan hantaran Rayan Ait-Nouri.

Chelsea sekali lagi mendahului hasil penyudah luar biasa pemain sensasi, Cole Palmer pada minit ke-45 untuk meletakkan The Blues sekali lagi di depan.

Namun, kegembiraan pasukan pelawat tidak bertahan lama selepas Wolves bangkit untuk mengikat kedudukan 2-2 menerusi penyudah Jorgen Strand Larsen pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, Chelsea hanya memerlukan empat minit untuk kembali mendahului hasil rembatan Noni Madueke yang menyudahkan hantaran Palmer.

Jaringan tersebut menaikkan semangat Madueke untuk mencetak hatrik dengan menambah dua gol pada minit ke-58 dan ke-63 bagi memastikan Chelsea semakin selesa melebarkan kelebihan 5-2.

Pemain gantian, Joao Felix melengkapkan hari sempurna buat skuad kendalian Enzo Maresca itu dengan gol keenam pada penghujung perlawanan dengan keputusan kekal sehingga wisel penamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI