fbpx

Bom zaman British diletupkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis unit pemusnah bom sedang melakukan operasi memusnahkan bom seberat 454 kg di Jalan Kuari Sinar Cemerlang, Kluang hari ini.

KLUANG – Sebuah bom tinggalan perang dunia kedua milik tentera British berjaya dimusnahkan pasukan polis di sebuah kebun sawit persendirian di Jalan Kuari Sinar Cemerlang, Paloh, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Law Hang Seng, bom seberat 454 kilogram itu dijumpai pemilik kebun berkenaan pada Selasa lalu dan laporan polis mengenainya dilakukan pada 6.34 petang.

Katanya, bom tersebut dipercayai digunakan semasa zaman konfrontasi Komunis berdasarkan tahun yang tercatat pada plat pengenalan bom tersebut.

“Makluman awal penemuan UXO jenis Aerial Bomb 1000lbs (453 kilogram) dan lokasi penemuan UXO di tepi tasik sumber air ladang yang mempunyai jarak lebih kurang 500 meter dari jalan raya.

“Tiada penempatan awam di situ melainkan sebuah rumah pekerja ladang yang terletak lebih kurang 200 meter dari jumpaan UXO.

“UXO mempunyai ukuran 57 inci panjang adalah daripada jenis Aerial Bomb 1000lbs. Maklumat pada plat pengenalan yang terdapat pada bahagian plat asas menunjukkan bom itu adalah milik Tentera British yang dibuat pada Julai 1951,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pemusnahan dilakukan dengan kaedah low order menggunakan Vulcan Shape Charge.

Katanya, seramai 6 Pegawai 33 anggota terlibat terdiri daripada Pegawai dan Anggota Unit Pemusnahan Bom Bukit Aman, Kontinjen Johor, Maktab Teknik PDRM Bakri Muar, Unit Drone Pasukan Gerakan Udara dan anggota dari IPD Kluang.

“Pihak JAS Kluang turut hadir ke lokasi memantau tindakan pemusnahan ini disebabkan terdapat bahan kimia dikenali Benzene Hexa Cloride (BHC) yang terdapat di dalam UXO tersebut yang boleh mendatangkan bahaya kepada persekitaran.

“Tindakan letupan pertama dijalankan pada jam 12.41 tengahari dan berjaya membuka bahagian badan bom seterusnya bahan utama yang mengandungi kimia dikeluarkan, dikumpul dan akan dimusnahkan di satu tempat yang beransingan bagi mengelakkan pencemaran.

“Tindakan seterusnya dijalankan bagi meletupkan Fuze dan booster (penggalak) berjaya dilaksanakan pada jam 1.42 petang bagi memastikan kesemua bahan letupan dimusnah secara keseluruhan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI