fbpx

2,525 kes baharu, lapan kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes harian negara pecah rekod lagi selepas mencatatkan 2,525 kes hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 113,010 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 13 kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala, kes penularan tempatan mencatatkan sebanyak 2,512 kes.

“Selain itu, sebanyak 1,481 kes sembuh direkodkan dan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 88,941 kes.

“Terdapat lapan lagi kes kematian baharu menjadikan angka kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 471 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 131 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 60 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI