fbpx

PPS Masjid Jamek Slim Village ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika melawat PPS Masjid Jamek Slim Village , Slim River, Tanjung Malim, semalam. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

TANJUNG MALIM – Pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Jamek Slim Village, Slim River, di sini ditutup kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

Pegawai Daerah Muallim, Mohd. Sabli Bakri berkata, hasil pemeriksaan bersama agensi-agensi terlibat seperti bomba dan polis mendapati keadaan lokasi bencana telah selamat.

“Bekalan air telah pulih selain semua mangsa telah pulang ke kediaman masing-masing,” katanya, di sini hari ini.

PPS tersebut sebelum ini menempatkan 14 keluarga merangkumi 53 mangsa, namun PPS Masjid Jamek Kampung Pasir masih menempatkan 100 mangsa.

Dalam pada itu, tinjauan di Kampung Pasir mendapati sebahagian besar mangsa mula membersihkan kediaman masing-masing susulan diliputi lumpur separas betis dan dilanda banjir setinggi pinggang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI