fbpx

Lelaki murung hilang kerja ditemui tidak bernyawa dalam dewan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BALING – Seorang lelaki berusia 43 tahun yang dipercayai mengalami kemurungan ditemui mati dalam sebuah dewan serbaguna, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Charan Ai Wan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada keluarga lelaki tersebut pada pukul 3.46 petang.

“Lelaki itu dikatakan keluar rumah pada pukul 9.15 pagi semalam dan tidak pulang sebelum ditemui di dewan bersebelahan rumahnya,” katanya, di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa dipercayai mengalami kemurungan selepas kehilangan pekerjaan sebagai pendawai elektrik.

“Si mati yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak berubah menjadi pendiam sejak seminggu lalu. Mayatnya dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat. Pemeriksaan di lokasi tidak menemui sebarang unsur jenayah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI