fbpx

Piala FA: JDT kekal status tidak tergugat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT berjaya menjulang kemenangan hatrik pada saingan Piala FA selain menjadi pasukan pertama mencatat kemenangan besar di final.

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan status mereka sebagai ‘untouchables’ (tidak tergugat) dalam kancah Liga Malaysia selepas menjuarai trofi Piala FA dengan menewaskan Selangor FC 6-1 kelmarin.

Jurulatih Harimau Selatan, Hector Bidoglio percaya risiko yang diambil dengan menggunakan strategi ‘all out attack’ berlandaskan formasi 3-6-1 dianggap sukses sehingga memberi kesukaran buat Gergasi Merah ‘bernafas’.

“Falsafah bola sepak JDT adalah daripada aspek taktikal, kita akan sentiasa mengambil risiko dengan lebih memberi tumpuan kepada jentera serangan.

“Anda boleh lihat bagaimana kita menguasai bola dan pujian wajar diberikan kepada semua pemain yang begitu solid pada perlawanan ini.

“Mungkin Juan Muniz berjaya meledak hatrik sekali gus membuktikan kualiti yang dia ada. Namun, kemenangan ini adalah hasil kerja keras satu pasukan dan kami berhak untuk menang.

“Saya pasti jika permainan berlangsung 10 minit lagi, mungkin kami akan terus jaringkan gol dan ini adalah keputusan yang cukup positif,” katanya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, penyerang sensasi JDT, Bergson da Silva menyifatkan ia bukanlah aksi final yang mudah sebaliknya rakan-rakan sepasukan telah menunjukkan karakter serta mentaliti juara.

Tambahnya, barisan pemain juga mahu menghadiahkan kejayaan tersebut kepada penyokong setia dan pemilik kelab, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.

Kemenangan itu menyaksikan JDT menjadi pasukan pertama menjuarai Piala FA buat kali ketiga berturut-turut sejak mendominasi bermula edisi 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI