fbpx

EPL: ‘Magis’ Raya nadi kemenangan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAYA berjaya menepis tandukan Watkins ketika Arsenal menang ke atas Villa awal pagi semalam - AFP

BIRMINGHAM – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menghamburkan pujian tinggi kepada penjaga golnya, David Raya selepas menafikan percubaan terbaik Ollie Watkins dalam kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa di Villa Park awal pagi semalam.

Kegagalan penyerang Villa itu menewaskan Raya mengubah momentum The Gunners yang kemudiannya berjaya menghasilkan dua gol dalam tempoh 10 minit melalui Leandro Trossard dan Thomas Partey masing-masing pada minit ke-67 serta 77.

Ia membolehkan Arsenal mengekalkan kemenangan bersih daripada dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini sekali gus menebus kekecewaan tewas kepada Villa musim lalu yang menjadi punca kepada kegagalan mereka untuk bergelar juara.

“Kami gagal mendapat rentak sebenar ketika Villa bertali arus mengasak kami. Mereka mempunyai dua peluang keemasan tetapi David (Raya) menyelamatkan keadaan. Bola itu sepatutnya masuk tetapi itulah detik ajaib yang mengubah perlawanan ini.

“Pujian kepada David dan seluruh pasukan kerana datang ke sini (Villa Park) dan tidak bolos adalah sesuatu yang amat positif lebih-lebih lagi apabila berjaya meraih tiga mata,” kata Arteta.

Dalam masa sama, Arteta menjelaskan, beliau akan bergerak aktif dalam pasaran perpindahan sebelum jendela ditutup pada 1 September ini disebabkan kecederaan dialami penyerangnya, Gabriel Jesus.

Jesus terlepas aksi menentang Villa kerana perlu menjalani ujian imbasan resonans magnetik (MRI) selepas dikatakan mengalami kecederaan pangkal paha sewaktu sesi latihan.

Situasi itu mungkin boleh menjejaskan urusan perpindahan seorang lagi penyerang Arsenal, Eddie Nketiah yang ketika ini semakin hampir untuk menyertai Nottingham Forest dengan harga £30 juta (RM173.33 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI