fbpx

Malaysia komited pacu agenda pembangunan mampan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap ketika meraikan sambutan ulang tahun Petronas ke-50 tahun di ibu negara petang tadi. Foto Facebook Anwar

PUTRAJAYA – Malaysia komited untuk memacu agenda pembangunan mampan di rantau ini menjelang kepengerusian ASEAN pada tahun depan, termasuk menerusi peranan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sebagai pemangkin matlamat pelepasan karbon sifar bersih.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia sebagai negara ekonomi terbuka, akan terus menyokong usaha Petronas untuk menjalin kerjasama strategik dengan semua negara.

“Saya percaya seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian Petronas yang berterusan menjadi antara perkara pokok dalam perbincangan dua hala antara saya dengan pimpinan dunia.

“Saya zahirkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pemegang taruh dan rakan niaga Petronas yang terus memberi sokongan dan berharap kerjasama ini akan terus diperkukuh,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata demikian selepas hadir meraikan sambutan ulang tahun Petronas ke-50 tahun bersama pemegang taruh dan rakan niaga dari lebih 27 negara di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) petang tadi.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Petronas telah berjaya memenuhi mandat dalam menyeimbangkan kepentingan perniagaan dan sumbangan untuk pembangunan negara menerusi kepercayaan, sokongan erat pemegang taruh serta rakan niaga dari serata dunia.

“Penghargaan tertinggi buat pimpinan dan kakitangan Petronas yang bukan saja menjadi tunjang kekuatan ekonomi Malaysia.

“Bahkan menjadi kebanggan negara kerana telah mempertahankan prinsip tatakelola dan tatanan yang baik sepanjang 50 tahun sejarah gemilang syarikat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI