fbpx

Janna Nick ada saka, warisi tanpa sedar, tak buang sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA akui sudah membuang saka yang diwarisinya tanpa sedar hasil bantuan Ashraf Muslim.

PETALING JAYA – Tidak berselindung, pelakon Janna Nick mendedahkan pernah dibantu rakan seperjuangannya, Ashraf Muslim yang membuang saka dalam diri yang diwarisi tanpa disedari beberapa tahun lalu.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, 29, berkata biarpun kurang percaya terhadap perkara ghaib, dia akur menjalani rawatan perubatan Islam itu bagi mengelakkan ‘benda’ tersebut bersarang dalam diri.

“Saya ‘shoot’ dengan Ashraf Muslim, dia suka cakap dengan orang sebelah saya, tapi tak tahu siapa. Saya sangka dia sengaja nak tunjuk ada ilmu.

“Sampailah waktu akhir penggambaran, Ashraf cakap dia susah nak berlatih dialog dengan saya sebab akan ada ‘benda’ kacau, dia cakap kena check ‘benda’ itu,

“Habis ‘shooting’ dia suruh saya pakai telekung, tak sentuh saya pun, lepas itu dia periksa (dan) cakap, famili awak ada saka. Dia tanya nak buang atau tidak.

“Saya tak percaya, tanya dia apa beza buang dengan tidak. Dia jelaskan benda itu hidup dalam darah. Kalau tak buang kita sakit, susah nak terima ilmu agama,” katanya menerusi perkongsian dalam sebuah audio siar.

Tambah Janna, dia bersetuju membuang saka kerana mahu tahu kebenaran kata-kata aktor itu biarpun tidak tahu Ashraf akan bertarung terlebih dahulu dengan entiti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tersebut.

“Saya suruh sahaja dia buang sebab saya tak percaya, nak tengok dia buang macam mana. Masa dia buang saya tak rasa apa-apa pun. Ashraf lawan benda besar itu macam bersilat satu bilik.

“Dalam hati saya cakap ye tak ye Ashraf ni sebab saya tak kena rasuk atau histeria. Lama dia berlawan. Siap macam ambil keris. Saya tak nampak pun keris. Akhir sekali dia tikam, matilah benda itu,” ujarnya.

Tetap tidak mempercayai dakwaan Ashraf yang juga pengamal perubatan Islam, Janna mengakui selepas itu bermula pengalaman berdepan pelbagai insiden misteri.

“Bayangkan saya tak percaya benda tu (tapi) dari detik itu saya mula faham alam ghaib. Kalau Ashraf tak buang saka mungkin saya tak lalui masalah alam ghaib ini,” ujarnya.

Begitupun, isteri kepada pelakon Dini Schatzmann itu hanya berseloroh menyalahkan Ashraf selain tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai pengalamannya dengan perkara ghaib yang dialami. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI