fbpx

Dicekup selepas seludup penyembur rambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA jenis Perodua Axia yang dipandu oleh suspek.

RANTAU PANJANG – Hanya kerana menyeludup penyembur rambut dari negara jiran, seorang lelaki ditahan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) dekat Banggol Kong, Jeram Perdah di sini semalam.

Lelaki berusia 26 tahun ditahan ketika dia sedang memandu kereta jenis Perodua Axia di SJR yang dijalankan sempena Ops Benteng.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Suprintendan Azhari Nusi berkata, anggotanya telah menahan kereta itu selepas mendapati pemandunya memandu dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, hasil pemeriksaan di dalam kereta itu membawa kepada penemuan sebanyak 180 botol penyembur rambut yang diisi dalam empat kotak besar.

“Jumlah keseluruhan rampasan termasuk kereta yang digunakan untuk aktiviti penyeludupan dianggarkan bernilai RM37,200.

“Kita percaya barang itu diseludup dari negara jiran melalui pangkalan haram berdekatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Azhari berkata, siasatan mendapati lelaki itu berasal dari Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan awal turut mendapati lelaki terbabit mengambil bekalan melalui jalan sungai bagi mengelak dikenakan cukai.

Menurutnya, kes disiast mengikut Seksyen Peraturan 18 A(1) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI