fbpx

[KEMASKINI] Tular bapa kena buang adalah kes lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki warga emas yang dibantu anggota polis dan petugas perubatan selepas ditemui terbaring di tepi jalan sekitar Kota Kemuning selepas ditinggalkan anaknya.

SHAH ALAM – Kisah seorang lelaki warga emas yang ditinggalkan di tepi jalan sekitar Kota Kemuning di sini merupakan insiden lama yang ditularkan semula di laman sosial Facebook,hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian tersebut berlaku pada bulan Mac lalu dan lebih kepada merupakan masalah keluarga.

Katanya, siasatan ketika itu juga mendapati bapa tersebut enggan tinggal bersama anaknya selepas berkahwin baharu.

“Semakan mendapati kes tersebut berlaku pada awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini pada Mac lalu.

“Perkara itu cuma telah ditularkan semula,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, tular seorang lelaki warga emas dipercayai dibuang anak kandungnya sendiri ditemui terbaring di tepi jalan di sekitar Kota Kemuning di sini.

Lelaki tersebut yang dikatakan mempunyai penyakit angin ahmar ditemukan dalam keadaan terbaring oleh anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan tersebut. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI