fbpx

EPL: Aksi pertama Slot di Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL bersedia untuk meneruskan langkah cemerlang dengan meraih kemenangan kedua apabila dijadual menentang Brentford malam ini. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui tidak gementar untuk berdepan aksi kompetitif pertama bersama pasukan itu di Anfield menjelang aksi menentang Brentford dalam saingan Liga Perdana Inggeris malam ini.

Liverpool memulakan era baharu bersama Slot dengan langkah kanan apabila berjaya meraih kemenangan ke atas Ipswich Town di Portman Road, namun pengendali dari Belanda itu sedar bahawa terdapat ruang yang besar perlu diisinya untuk menggantikan Jurgen Klopp.

“Saya tidak ada rasa gementar kerana kami benar-benar serius membuat persiapan bagi menghadapi aksi menentang Brentford nanti. Tidak ada yang mengganggu saya menjelang aksi itu nanti.

“Merasa gementar adalah suatu yang tidak bagus. Saya percaya dengan apa yang saya dan staf pasukan sedang lakukan untuk mempersiapkan pasukan sebaik mungkin,” jelasnya.

Tambahnya, beliau masih lagi sedang belajar mengenai keseluruhan pasukan untuk benar-benar memahami apa yang perlu dilakukan supaya Liverpool mampu mengharungi musim yang produktif.

“Saya belajar setiap hari mengenai pemain secara individu dan bagaimana mereka mampu bermain bersama secara optimum,” jelasnya.

Mengulas mengenai pertemuan menentang Brentford, Slot menjangkakan cabaran sukar bakal dihadapi mereka terutama selepas pasukan itu berjaya mendapatkan khidmat dua pemain The Reds, Sepp Van Den Berg dan Fabio Carvalho.

“Saya fikir mereka berjaya membawa masuk pemain yang memiliki bakat yang hebat. Kedua-dua pemain itu mahukan minit permainan yang lebih dan ia bagus untuk kami dan juga mereka.

“Thomas Frank (pengurus Brentford) juga berjaya melakukan tugas dengan baik, jadi ia menjadi cabaran yang besar buat kami,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI