fbpx

APM pasang alat mudah alih kesan pergerakan air dan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Muallim sedang memasang alat pemantau. - Foto APM PERAK

TANJUNG MALIM – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Muallim memasang produk inovasi dikenali ‘Public Alert Mobile Rescue System’ (PAMReS) bagi mengesan pergerakan air Sungai Geliting dekat Risda Eko-Park, Kampung Ulu Slim, Slim River di sini kira-kira pukul 3.00 pagi tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muallim, Kapten (PA) Shahrizal Hussin berkata, alat itu dapat membantu pihak APM dan juga agensi lain melakukan persiapan awal atau segera sekiranya berlaku perubahan arus sungai luar jangka.

“Alat ini disokong tenaga solar dan bateri yang mampu bertahan selama 72 jam bagi memudahkan pihak APM memantau keadaan sungai dan kawasan banjir.

“Selain itu, ia mampu mengenalpasti dengan segera sekiranya air mulai naik di sungai berkenaan pada pada awal pagi tadi. Setakat ini, alat tersebut berfungsi dengan impak tinggi,” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, idea untuk menghasilkan alatan canggih itu kerana pihaknya lewat menerima makluman sesuatu kejadian atau bencana.

“Alat itu juga digunakan oleh pihak APM jika membabitkan tugasan atau operasi di hutan serta latihan yang dijalankan pihak APM,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI