fbpx

Piala FA: Cuaca cerah di SNBJ, penyokong mula banjiri stadium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyokong setia JDT sudah mula membanjiri perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil seawal tengah hari tadi. - Foto oleh Amir Khalid

KUALA LUMPUR – Penyokong setia Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah mula membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan aksi final Piala FA 2024 malam ini.

Semua penyokong yang kebanyakannya hadir dari Lembah Klang dan Johor sudah mula berkumpul di perkarangan stadium dengan pintu masuk bakal dibuka sejak pukul 4 petang ini.

Lebih menarik, cuaca sekitar Bukit Jalil juga masih cerah meskipun hujan diramalkan berlaku petang nanti.

Dijangkakan lebih 80,000 peminat fanatik kedua-dua pasukan bakal memenuhi stadium keramat ini bagi menyokong pasukan dalam usaha merangkul trofi berprestij itu kali ini.

Sebagai rekod, JDT memburu trofi hatrik Piala FA selepas bergelar sejak edisi 2022 manakala skuad Gergasi Merah pula berharap untuk menamatkan badi 15 tahun tanpa trofi selepas kali terakhir menjulang trofi Piala FA pada edisi 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI