fbpx

Polis nafi tutup tujuh jalan di Klang bermula tengah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penutupan jalan sepanjang tempoh PKPB pada Oktober lalu. Gambar hiasan -FOTO ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Polis menafikan penutupan tujuh buah jalan di daerah Klang Selatan selama 14 hari bermula tengah malam ini sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, perkara tersebut palsu dan merujuk kepada laporan sebuah akhbar pada 30 Mac lalu.

Katanya, ia kemudiannya telah disebarkan semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kegusaran dan suasana tidak tenteram kepada masyarakat.

“Polis menerima satu mesej tular bertajuk Tujuh Jalan di Klang Ditutup Mulai Tengah Malam Ini semalam dengan menyatakan terdapat penutupan jalan dalam Daerah Klang Selatan.

“Semakan mendapati perkara tersebut merujuk kepada artikel dalam talian dikeluarkan oleh sebuah akhbar pada 30 Mac lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru, Shamsul Amar menasihati supaya mana-mana individu agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan berkongsi sebarang bentuk berita yang tidak benar.

“Mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tegasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI