fbpx

Kes denggi meningkat di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Masyarakat di negeri ini dinasihatkan untuk terus melaksanakan pembersihan kawasan premis masing-masing sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu lebih-lebih lagi kes denggi didapati meningkat 24.8 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan berkata, bilangan kes denggi yang didaftarkan di negeri ini pada minggu ke-52 iaitu dari 20 Disember hingga 26 Disember adalah sebanyak 18 kes.

Menurutnya, kumulatif kes denggi yang didaftarkan sehingga minggu Ke-52 adalah sebanyak 2,876 kes berbanding 2,305 kes sehingga minggu yang sama tahun 2019.

“Terdapat peningkatan kes sebanyak 24.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu dengan kumulatif kematian denggi sebanyak 10 kes sehingga iaitu bersamaan kadar kematian kes sebanyak 0.3 peratus berbanding 11 kes pada tempoh yang sama bagi tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Veerapan berkata, sehingga 26 Disember lalu, kumulatif lokaliti wabak yang masih aktif ialah sebanyak tujuh lokaliti wabak dimana kesemuanya di daerah Seremban.

Menurutnya, taburan kumulatif kes denggi adalah sebanyak 2,459 kes di daerah Seremban, Tampin (98), Port Dickson (90), Jempol (80), Rembau (69), Jelebu (54) dan Kuala Pilah (26).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI