fbpx

Sempat suap bapa makanan sebelum meninggal – Anak penyanyi ‘Abang Beca’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. RIZAL

JOHOR BAHRU – Anak kepada artis veteran M. Rizal atau nama sebenarnya Razali Hashim, 71, sempat menyuapkan makanan buat bapanya yang sudah tiga hari tidak makan sebelum penyanyi itu meninggal dunia pukul 10.55 malam tadi.

Roy Faisal, 41, yang juga anak bongsu berkata, sudah tiga hari bapanya tidak makan ekoran menderita ulser perut.

Malah, katanya, bapanya yang terkenal dengan lagu ‘Abang Beca’ juga sempat membuat panggilan video bersama anak-anak sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Sedih tetapi kami reda, kami lima beradik dapat bersama dan di samping ayah sewaktu dia menghembuskan nafas terakhir.

“Ayah tinggal bersama saya dan ibu. Malam semalam saya membuat panggilan video bersama abang dan kakak, kami nampak ayah sedar dan tidak lama kemudian terus senyap,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Damai Jaya, Skudai di sini hari ini.

Menurutnya, arwah bapanya disahkan menghidap ulser perut, tetapi sudah pulih tahun lepas, namun sakit itu menyerang sekali sekala hingga menyebabkannya tiada selera makan.

Jenazah M. Rizal juga Juara Bintang RTM 1978 itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Impian Emas, Skudai pada pukul 10 pagi tadi.

Antara lagu popular Allahyarham ialah Hatiku Menangis Kernamu, Usah Kau Rayu Padanya yang juga lagu runut bunyi (OST) untuk filem Sumber Ilhamku. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI