fbpx

Semua negeri dilanda hujan lebat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Metrologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang akan melanda seluruh negara sehingga pukul 9 malam ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia menjelaskan, amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis.

“Cuaca sama turut melanda Kedah, Pulau Pinang , Perak dan Kelantan (Jeli dan Gua Musang).

“Di Terengganu pula melibatkan kawasan Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Kemaman.

“Beberapa Kawasan di Pahang juga dijangka mengalami cuaca buruk iaitu di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin,” lapor MetMalaysia.

Tambahnya, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Selain itu, di Sarawak melibatkan kawasan Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Kapit (Song), Bintulu (Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang.

“Juga menerima cuaca yang sama di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau) dan Sandakan.

“Tidak ketinggalan, Labuan turut menerima cuaca sama,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI