JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial Palembang, wilayah Sumatera Selatan memaparkan seorang pengasuh yang mendera dua kanak-kanak, lapor saluran berita Tribunnews semalam.
Menerusi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @djyorinnn, pengasuh itu dilihat menarik kaki kanak-kanak yang sedang baring di atas katil.
Dia kemudian menggigit kaki mangsa berulang kali.
Selepas itu, tangan kanak-kanak itu pula dicubit sehingga lebam.
Menurut ibu mangsa, kedua-dua anaknya mempunyai kesan lebam di bahagian tangan dan kaki.
Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata, netizen mengecam penderaan itu dan meminta majikan mengambil tindakan.
“Kenapa tak membuat laporan kepada polis?” marah seorang netizen.
“Orang ini ada masalah jiwa,” sindir netizen lain. – AGENSI