fbpx

Piala FA: Selangor siap akhiri penantian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIDZAM (kiri) lebih selesa pasukannya diletakkan sebagai bukan pilihan ketika mereka bersedia untuk menamatkan penantian menjulang trofi.

PASUKAN Selangor FC enggan hanyut dengan tekanan sebaliknya lebih selesa untuk dilabel bukan pilihan menjelang perlawanan final Piala FA bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Jurulatih Gergasi Merah, Nidzam Jamil percaya anak-anak buahnya sudah bersedia untuk memberikan sepenuh tenaga dalam usaha menamatkan penantian sembilan tahun tanpa trofi domestik.

Namun, Nidzam akui pasukan Harimau Selatan boleh dianggap pilihan utama memandangkan rekod mereka dalam arena bola sepak tempatan sejak 10 tahun terakhir cukup memberangsangkan.

“Saya setuju jika katakan kami sebagai underdog pada perlawanan final kali ini. Jika bandingkan kedua-dua pasukan sejak 10 tahun terakhir agak berbeza.

“Selangor dalam fasa mengejar impian serta pengiktirafan dan final ini menjadi bukti kesungguhan pasukan ke arah tersebut.

“Cuma, suka saya ingatkan dalam mana-mana perlawanan terutama final apa sahaja boleh berlaku dan saya anggap peluang masih 50-50 buat kedua-dua pasukan.

“Kita akan harungi 90 minit dengan positif dan buat masa ini hanya beberapa langkah sahaja yang pisahkan pasukan dengan piala,” katanya pada sidang media semalam.

Sementara itu, kapten pasukan Merah Kuning, Safuwan Baharudin menagih tuah cuaca hujan sebelum perlawanan untuk memudahkan Selangor beraksi dengan corak permainan yang diharapkan.

“Keadaan Cuaca adalah sesuatu di luar kawalan tetapi saya harap hujan berlaku sebelum perlawanan agar permukaan rumput lebih basah dan memudahkan pasukan untuk membuat hantaran.

“Secara keseluruhan, keadaan padang agak baik dan harap kita dapat meraih keputusan positif nanti,” kata pemain kelahiran Singapura berusia 33 tahun itu.

Sebagai rekod, skuad Gergasi Merah memburu trofi berprestij itu buat kali pertama sejak menang edisi 2009 manakala kali terakhir mara ke pentas final Piala FA pula pada enam tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI