fbpx

Jasad mangsa perahu karam selamat disemadikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengebumian Alsma dan Helena, yang kubur mereka diletakkan secara bersebelahan di tanah perkuburan Baha'i.

LUNDU – Tiga mangsa tragedi perahu penambang karam di Sungai Batang Kayan, Kampung Selampit di sini selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Selampit, sebentar tadi.

Upacara pengebumian dimulakan dengan Alsma Jithil, 14, dan disusuli Helena Fasha Petrus, 16, kira-kira pukul 10.44 pagi sejurus selepas disembahyangkan mengikut agama Baha’i, dengan kubur mereka turut ditempatkan secara bersebelahan.

Seterusnya, pengebumian diteruskan dengan mendiang Vilkie Wilson, 15, kira-kira pukul 11.30 pagi, yang sebelum itu disembahyangkan di Gereja Katolik St Gregory, Kampung Selampit.

Suasana pilu dan penuh hiba mengiringi pengebumian ketiga-tiga pelajar itu, yang turut dihadiri guru-guru, rakan sekolah, saudara mara, penduduk kampung termasuk ADUN Opar, Billy Sujang.

Alsma, Helena dan Vilkie ditemukan mati lemas selepas perahu penambang yang dinaiki mereka bersama-sama 15 lagi pelajar dari Kampung Selampit karam pada Selasa lepas.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI